Wednesday, March 17, 2010

Naungan di hari akhirat

Terdapat tujuh golongan yang bakal mendapat naungan di hari akhirat kelak iaitu :

a) Pemerintah yang adil – Ini kerana tanggungjawab yang dipikul oleh pemerintah dalam melaksanakan keadilan itu adalah perkara yang amat berat dan bukanlah mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyatnya. Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan, ganjarannya adalah amat besar sekali. Namun jika gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab menanti di akhirat kelak.

b) Pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya – Ini kerana sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika di alam remaja kerana di usia muda seseorang itu mendapat peluang yang banyak untuk menghadapi masa hadapannya, badannya sentiasa sihat, tenaganya kuat, pendengaran dan penglihatannya tajam dan sempurna. Bahkan di masa muda juga berbagai-bagai ujian dan godaan terpaksa ditempuhi. Maka beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan-rintangan ini bahkan usia mudanya itu diisi dengan amal ibadat serta memberikan khidmat cemerlang kepada agama, masyarakat dan negara.

c) Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid – Sesungguhnya terdapat hadis yang menyebutkan bahawa dua hayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi Allah SWT dan diketegorikan sebagai suatu sedekah. Maka apatah lagi bagi orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid dan sentiasa mengunjunginya untuk beribadah, ganjarannya tentulah lebih besar lagi.

d) Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah – Hubungan yang terjalin di atas dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas-batas agama, adab kesopanan dan sebagainya adalah hubungan yang menjurus ke arah dosa dan maksiat. Seharusnya ikatan kasih sayang yang dijalinkan sesama manusia mestilah ikhlas kerana Allah agar perhubungan tersebut mendapat pahala, restu dan keberkatan daripada-Nya.

e) Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu (berzina) dengannya lalu ia menolak dengan berkata, “Aku takut kepada Allah!” – Ini menunjukkan tentang keimanan dan ketaqwaan yang sebenar telah berjaya menangkis segala bentuk godaan yang datang. Hal ini bukanlah mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina tanpa takut tentang dosanya.

f) Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya – Ia menggambarkan mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah. Sesungguhnya tidak ramai orang yang dapat menyembunyikan kebaikan yang dilakukannya melainkan akan terdapat jua perasaan riya’ dan ingin menunjuk-nunjuk supaya mendapatkan pujian atau sanjungan dari orang ramai atau sekurang-kurangnya ada orang yang mengetahui kebaikan yang dilakukannya itu.

g) Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah – Inilah sifat muslim mukmin sejati yang mempunyai perasaan cintakan Allah dengan sepenuh hatinya. Dia sentiasa memikirkan dan menghayati tentang kejadian dan keagungan ciptaan Allah serta sifat-sifat- Nya yang Maha Agung. Oleh yang demikian hati, fikiran dan jiwanya terhindar daripada perkara-perkara yang melalaikan.

Pantun nasihat

Angin teluk menyisir pantai
Hanyut rumpai di bawah titi
Biarlah buruk kain dipakai
Asal pandai mengambil hati

Pergi mendaki Gunung Daik
Hendak menjerat kancil dan rusa
Bergotong-royong amalan yang baik
Elok diamalkan setiap masa

Air melurut ke tepian mandi
Kembang berseri bunga senduduk
Elok diturut resmi padi
Semakin berisi semakin tunduk

Daun sirih ulam Cik Da
Makan sekapur lalu mati
Walaupun banyak ilmu di dada
Biar merunduk resmi padi

Buah pelaga makan dikikir
Dibawa orang dari hulu
Sebarang kerja hendak difikir
Supaya jangan mendapat malu

Kemumu di tengah pekan
Dihembus angin jatuh ke bawah
Ilmu yang tidak diamalkan
Bagai pohon tidak berbuah

Tumbuh melata si pokok tebu
Pergi pasar membeli daging
Banyak harta tak ada ilmu
Bagai rumah tidak berdinding

Tuesday, March 16, 2010

Smile Always - Interview Dgn Pengembala Kambing

Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?
Pakcik : Boleh aje...
Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : Yang putih.
Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.
Pemuda : Yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Aaa....yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?
Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.
Pemuda : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye?
Pakcik : Yang hitam pun sama.....

Smile Always - Cakap Jepun Yg Haru Biru.

1. Yang pemarah - KEJI CACIMAKI

2. Yang tak suka brg mahal - SATO SUKAMURA

3. Yang bisu - KITA TADASUARA

4. Yang suka makan tose - NANACHI HITOSE

5. Yang suka lagu blues - APO NADIKATO

6. Yang suka belajar - ASIKO ULANGKAJI

7. Yang kerap bikin ribut - WAKASI HURUHARA

8. Yang masih bujang - MATIMATI TAMOKASI

9. Yang masih gatal - ICHI BAWA

10. yang suka memasak -AJINO0MOTO DAHABISLA

11. Yang hidup menyusahkan orang - KICHI KICHI TAKMAUMATI

Smile Always - Pepatah Melayu.

1] TERLAJAK PERAHU BOLEH DI UNDUR, TERLAJAK KERETA PUN BOLEH UNDUR, TERLAJAK KAPAL TERBANG TAKDE GEAR REVERSE……SORRY.

2] BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA KAWIN LAGI!!!

3] SEBAB MULUT SANTAN BINASA, SEBAB MULUT JUGA ….. NASI PUN HABIS!!!

4] KALAU TIADA ANGIN MASAKAN POKOK BERGOYANG, KECUALI KALAU ADA BERUK ATAS POKOK TU.

5] BIAR MATI BINI/LAKI, JANGAN MATI ANAK ( BOLEH KAWIN LAGI APE! )

6] BERAKIT-RAKIT KE HULU, BERENANG-RENANG KETEPIAN…. KAN TAK PASAL2 TUUU…….

7] KALAU PADI KATAKAN PADI, TIDAK AKU TERNANTI-NANTI, KALAU SUDI KATAKAN SUDI, KALAU TAK SUDI …… BOLEH BLAH……………

8] HARAPKAN PAGAR, PAGAR PUN TAK BOLEH HARAP! SAH2 LAH BENDA TU BESI BUKAN MANUSIA!!!

9] TEMPAT JATUH LAGIKAN DIKENANG, INIKAN PULA TEMPAT KENA ‘SAMAN’.

10] HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG, HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI, KALAU MACAM TU LEBIH BAIK TAK PAYAH HUJAN DAAA…….

11] KALAU TIADA ROTAN, PELEMPANG AJELAH….

12] CARIK-CARIK BULU AYAM, LAMA-LAMA JADI BULU TANGKIS BADMINTON, PASTI AYAM KEBOGELAN.

13] AIR DI CINCANG TAKKAN PUTUS, TAPI KALAU DAGING DI CINCANG TANDANYA ADA KENDURI LA
TUUU…..

14] KERBAU BERPEGANG PADA TALI, MANUSIA BERPEGANG GUNAKAN TANGAN ……

15] PINGGAN TAK RETAK NASI TAK DINGIN, KALAU ORANG TAK HENDAK TANDANYA KITA TAK LAWA……

16] TAKKAN LARI GUNUNG DI KEJAR, TAPI KALAU TAK KEJAR PUN GUNUNG TU TAKKAN LARI JUGAK!!!

17] PATAH TUMBUH, HILANG REPORT POLIS .

18] BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI AHLI SUKAN YG MASUK ACARA ANGKAT BERAT!

19] SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT, AKHIRNYA TAK MASUK JUGAK SUKAN OLIMPIK.

20] KALAU ADE JARUM YG PATAH JANGAN DI SIMPAN DI DALAM PETI, BUANG AJE BELILAH JARUM YG BARU.

21] KAJANG PAK MALAU KAJANG BERLIPAT, KAJANG HAMBA TAK PAYAH LIPAT-LIPAT, MAKAN AJE SATAY
KAJANG!!!

22] KALAU KAIL PANJANG SEJENGKAL, BELI AJELAH KAIL YG PANJANG SIKIT

23] KALAU TAKUT DI LAMBUNG OMBAK, JANGAN BERUMAH DI TEPI PANTAI, BUAT RUMAH JAUH-JAUH SIKIT DARI
PANTAI….

Nabi palsu.

MUNCULNYA orang yang mengaku sebagai nabi adalah salah satu tanda kiamat kecil sebagaimana peringatan sabda Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah, “Kiamat belum terjadi sehingga muncul golongan dajjal kecil (penipu kecil) hampir jumlahnya tiga puluh orang, setiap mereka mengaku bahawa dialah utusan Allah.”


Golongan itu cukup berbahaya dek kepakaran memutar belit fakta di samping membawa perkhabaran aneh yang belum pernah didengar ketika wahyu masih diturunkan kepada Rasulullah SAW.


Nabi-nabi palsu ini bukan setakat muncul di kalangan lelaki, bahkan ada juga di kalangan wanita.

Kemunculan mereka mengundang perpecahan besar umat Islam khususnya dari segi akidah apabila sebahagian besar mereka mendusta kebenaran risalah Nabi Muhammad SAW.


Sejarah Islam menyaksikan berlaku beberapa siri peperangan untuk membendung ancaman golongan dajal ini.


Contohnya, pada zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, beliau mengutus tentera di bawah pimpinan Khalid al-Walid menentang pemberontakan Musailamah al-Kazzab yang mendakwa dirinya sebagai nabi utusan Allah Taala dalam Perang Yamamah. Akhirnya Musailamah mati di tangan Wahsyi
ra lalu panji Tauhid kembali seperti sedia kala.


Salah satu ciri utama golongan ini ialah sikap mereka yang suka menyeleweng fakta selain mendustakan risalah wahyu sewenang-wenangnya.


Tindakan sebegitu dilakukan demi memenuhi tuntutan kehendak hawa nafsu bahkan kebanyakan karakter nabi palsu ini sebenarnya membenci


Islam dengan menyembunyikan niat jahat pada zaman baginda SAW.


Aksi licik mereka sukar dikesan seperti menukar penampilan umpama haiwan sesumpah, selain bijak menyesuaikan diri bersama komuniti Islam sejak awal lagi.


Kebatilan mereka mula terserlah hanya selepas melantik diri sendiri menjadi nabi atas tauliah logik akal serta menurut hawa nafsu yang dipengaruhi syaitan.


Tanpa melalui prosedur biasa lantikan Nabi dan Rasul oleh Allah Taala menerusi perantaraan malaikat Jibril atau secara terus, tauliah golongan ini cuma bersandar logik akal serta hawa nafsu.


Demi mengejar harta dunia, mereka tidak mengendahkan autoriti milik Allah Taala yang melantik insan terpilih sebagai utusannya.


Contoh jelas apabila Musailamah al-Kazzab menyamatarafkan dirinya dengan Rasulullah SAW selain menuntut kuasa atas sebahagian sempadan Makkah.


Ibn Athir dalam kitabnya, al-Kamil fi al-Tarikh, menyebut isi kandungan surat Musailamah al-Kazzab kepada Baginda SAW antaranya ditulis:


“Dari Musailamah, utusan Allah kepada Muhammad utusan Allah, sesungguhnya aku berkongsi dengan engkau dalam perkara sama (iaitu sebagai Nabi Allah), kemudian setiap seorang daripada kita dikurniakan sebahagian tanah (sempadan), begitu juga sebahagian (sempadan) tanah untuk kaum Quraisy, akan tetapi mereka, iaitu kaum Quraisy telah melampaui batas.” (Ibn Athir, al-Kamil fi al-Tarikh, 1/350).


Munculnya seorang nabi palsu di tanah air mengetengahkan misi serupa nabi-nabi palsu sebelumnya iaitu menolak kerasulan Nabi Muhamad SAW.


Sebelum ditangkap, Kahar Ahmad yang mendakwa sebagai Rasul Melayu sempat mengecapi kesenangan dan mengumpul ramai pengikut ketika masih dalam buruan pihak berkuasa. Sejarah baru tanah air mencatatkan nama Kahar Ahmad, seorang lagi nabi palsu sebagai bahan tatapan generasi akan datang sampai bila-bila.


Kes serupa berlaku pada 1985, apabila kerajaan Sudan membanteras kegiatan nabi palsu, Mahmud Muhamad Taha al-Sudani, yang banyak menyesatkan orang awam menerusi penulisannya. Kerajaan Sudan bertindak menangkap sekali gus menghukumnya disebabkan kufur dan kemurtadannya.


Umat Islam akan sentiasa terdedah dengan fitnah nabi palsu sehingga dajal sebenar muncul apabila semakin menghampiri waktu kiamat besar.


Bicara mereka dipenuhi kepelikan, karut dan miraj khayalan lebih-lebih dalam bab memutar belit fakta. Matlamat mereka cuma satu, iaitu dapat menyesatkan umat Islam supaya berpecah-belah akhirnya.


Karakter mereka mudah dikenali berdasar keterangan dari hadis riwayat Abu Hurairah, bahawa Nabi SAW bersabda: “Akan muncul menjelang akhir zaman, dajal-dajal kecil (pendusta kecil) membawa kepada kalian khabar-khabar yang tidak pernah didengari bapa-bapa kalian, maka berhati-hatilah kalian terhadap mereka, jangan sampai menyesatkan kalian atau menimbul fitnah (besar) ke atas kalian”. (Sahih Muslim, 14/142, no: 5205)


Selama mana umat Islam berpegang teguh pesanan Nabi Muhamad SAW dan sunnahnya, selagi itu mereka akan dapat menangkis ancaman fitnah yang cuba mengganggu gugat kesatuan umat Islam.

Teori Darwin

Apabila kita menganalisis musuh-musuh dunia Islam, kita akan berjumpa dengan tiga idea-idea asas:

1. Imperialisme Barat: Sebagai contoh, kolonialisme British dan Perancis

2. Ekstrem-fasisme nasionalisme: Fasisme Itali, Israel, dan kumpulan-kumpulan profasis yang menyebabkan tercetusnya perang-perang saudara di dalam dunia Islam.

3. Komunisme: Soviet Rusia, China, Kemboja di bawah peme­rintahan Khmer Rouge, komunis di Afghanistan dan pelbagai lagi kumpulan komunis di Timur Tengah.

Kajian yang lebih mendalam mendedahkan bahawa ketiga-tiga idea tersebut muncul pada abad kesembilan belas, dan berkembang pada abad kedua puluh. Nasionalisme ekstrem dan fasisme yang muncul daripada kebangkitan idea-idea tersebut merupakan ideologi-ideologi yang terbit
secara menyeluruh pada abad kesembilan belas, dan mula dipraktikkan dengan meluas pada abad kedua puluh. Komunisme bermula daripada teori materialisme dialektikal yang diperkenalkan oleh Marx dan Engels pada abad kesembilan belas, walaupun regim komunis yang pertama masih belum
ditubuhkan sehingga tahun 1917, di Rusia.

Seseorang boleh berkata bahawa hanya kolonialisme Barat yang bermula sejak awal-awal abad, walaupun kemudian ia dirangkumi oleh inisiatif ekonomi yang terbatas dan kemudian sekali lagi mendominasi posisi global dengan menggunakan asas-asas falsafah dan ideologinya pada abad
kesembilan belas.

Ini menunjukkan kepada kita bahawa musuh dunia Islam yang sebenarnya bukanlah sebuah kesatuan ataupun peradaban (misalnya peradaban Barat), tetapi adalah "ideologi-ideologi" yang telah menukarkan kesatuan-kesatuan atau peradaban-peradaban tersebut kepada penindas-penindas yang hauskan darah. Ideologi-ideologi ini telah mendominasi sebahagian besar dunia pada abad kesembilan belas, dan telah membawa kekejaman dan kezaliman ke mana-mana sahaja ia pergi.

Sebenarnya ideologi-ideologi inilah yang menjajah, membahagi, merompak, memperhamba, dan menyembelih umat Islam sedunia.



Selama lebih dari setengah abad, umat Islam Palestin telah diusir dari kediaman mereka tanpa sebab, ditembak, dan dilakukan penderaan dan kekejaman. Namun seluruh dunia diam membisu dalam menghadapi kuasa penjajah: Israel.

Tiada bangsa atau masyarakat tertentu yang menjadi musuh dunia Islam secara khusus, tetapi ia lebih kepada sebuah “ideologi” yang telah menukar bangsa dan masyarakat tersebut menjadi penindas.

Ideologi-ideologi ini mula mendominasi dunia secara meluas pada abad ke-19, dan ke mana sahaja ia pergi, pasti wujud senario kekejaman dan kezaliman dalam abad ke-20.

Apabila kita memerhatikan ketiga-tiga ideologi ini, kita dapat melihat di sebalik segala apa yang berlaku ialah peningkatan kepercayaan ateisme di Barat. Setiap daripada mereka muncul apabila dunia Barat sudah tidak mahu lagi percaya kepada Tuhan dan agama, dan mula menerima
fahaman golongan materialis sebagai cara hidup mereka.

Satu kebenaran penting yang mengesahkan hakikat ini ialah ketiga-tiga ideologi ini telah diasaskan daripada teori evolusi Darwin, yang mana menggambarkan "asas saintifik ateisme" dan yang mana buat julung-julung kalinya falsafah ateis telah menjadi satu "kebenaran saintifik."

MUSUH DUNIA ISLAM.

Bab-bab yang berikutnya akan mengkaji dunia Islam negara demi negara,
dan akan mendedahkan penindasan dan kekejaman yang dikenakan kepada
umat Islam. Walau bagaimanapun, sebelum itu, kita mesti melihat
punca-punca serangan yang di­lancar­kan kepada dunia Islam.

Kawasan yang dikenali sebagai dunia Islam terdiri daripada
negara-negara yang majoritinya terdiri daripada orang-orang Islam. Ia
bermula dari Maghribi dan Mauritania di Barat sehinggalah ke Indonesia
di Timur. Majoriti terbesar, dalam 1 bilion, yang men­diami kawasan
tersebut beragama Islam. Sejak lebih 200 tahun, mereka telah berhadapan
dengan pelbagai jenis serangan, penindasan, dan keganasan malah pernah
dibunuh beramai-ramai hanya kerana mereka beragama Islam. Ini
disebabkan ramai orang-orang Islam yang hidup di bawah rejim bukan
Islam yang bencikan Islam.

Apabila kita melihat dunia Islam hari ini, kita akan dapat melihat
dengan jelas usaha menghancurkan, menindas dan menghapuskan umat Islam
di Bosnia, Algeria, Tunisia, Eritrea, Mesir, Afghanistan, Turkistan
Timur, Chechnya, Thailand, Filipina, Myanmar dan juga Sudan. Jika
dilihat secara sepintas lalu, umat Islam di kawasan-kawasan yang
berbeza itu sedang berhadapan dengan musuh-musuh yang ber­lainan.
Orang-orang Serbia di Bosnia, pejuang Hindu di Kashmir, orang-orang
Rusia di Caucasus, dan rejim-rejim penindas yang menentang umat Islam
di negara-negara seperti Algeria, Mesir, dan Maghribi. Namun,
kuasa-kuasa anti-Islam ini, yang kelihatan tiada perkaitan dengan yang
lain, kesemuanya bertindak dengan logik yang sama, strategi yang
serupa, dan menggunakan modus operandi yang sama. Faktor asasnya ialah
mereka semua anti agama.

Kuasa-kuasa yang menafikan kewujudan Allah itu dan melihat agama-agama
ketuhanan - terutamanya Islam, satu-satunya agama yang korup - sebagai
musuh paling berbahaya kepada sistem sekular mereka dan seterusnya
mengisytiharkan perang keganasan terhadap agama dan mereka yang
beriman, sebenarnya mewakili ideologi-ideologi ateis. Inilah sebabnya
mengapa musuh sebenar Islam bukannya orang-orang Serbia, Hindu ataupun
pelbagai rejim-rejim penindas yang lain, tetapi adalah pegangan tidak
beragama yang menyelubungi dunia ini. Dasar peperangan menentang Islam
tersebut berakar-umbi daripada ateisme dan telah bermula sejak sekian
lama.

Musuh dalam selimut.

Bangsa-bangsa kolonialis seperti Britain, Perancis dan Itali telah melakukan penderaan yang sangat kejam ke atas umat Islam yang tinggal di negara-negara Islam yang mereka jajah, dan juga turut melakukan pembunuhan beramai-ramai.

Dunia Islam tidak selalunya kekal statik. Beberapa ratus tahun dahulu, dunia diperintah oleh empayar Islam. Pada permulaan tahun 1700, hampir seluruh dunia Islam ditadbir oleh tiga empayar agung. Empayar Moghul memerintah India, manakala Empayar Safavid memerintah Iran dan
kawasan-kawasan sekitarnya. Kuasa ketiga dan yang paling berkuasa ialah Empayar Uthmaniyah, yang memerintah seluruh Semenanjung Balkan termasuklah Anatolia (sekarang digelar Turki), Mesopotamia (sekarang digelar Iraq dan Syria), Semenanjung Arab, dan Afrika Utara.

Walau bagaimanapun, ketiga-tiga empayar tersebut akhirnya hilang secara beransur-ansur daripada peta dunia. Empayar Moghul menjadi lemah, menjadi semakin kecil, dan akhirnya tumbang. Sub-benua India akhirnya jatuh ke dalam tangan kolonial British. Kawasan yang dikenali sebagai
Indocina telah dikoloni oleh Perancis. Kerajaan Safavid di bahagian tengah Asia akhirnya jatuh di bawah peme­rintahan British dan Rusia.

Empayar Uthmaniyah, empayar umat Islam ketiga dan yang paling kuat, akhirnya menjadi semakin kecil bermula sejak permulaan abad kesembilan belas. Tanah-tanah jajahan Uthmaniyyah di Barat telah jatuh ke tangan Rusia, dan negeri-negeri Balkan telah dipengaruhi olehnya. Timur Tengah, Semenanjung Arab dan Afrika Utara telah dikuasai oleh British, Perancis dan Itali. Dengan berakhirnya Perang Dunia Pertama, sebahagian besar dunia Islam telah diperintah oleh kerajaan-kerajaan bukan Islam.

Kesemuanya merupakan kuasa kolonial dunia ini. Pada tahun 1920-an, Rusia dan Itali menyertai negara-negara kolonial tradisi seperti Britain dan Perancis. Negara-negara tersebut telah menjajah dan menguasai dunia Islam. Mereka tidak teragak-agak untuk melakukan penyeksaan kejam dan kezaliman ke atas populasi umat Islam yang berada di bawah pemerintahannya. Britain dan Perancis "mentadbir" umat Islam di Timur Tengah, Afrika Utara, dan Timur Jauh. Dengan kata lain, mereka menuai dan menggunakan sumber-sumber alam negara Islam untuk kepentingan mereka sendiri. Soviet Rusia mengambil alih Caucasus dan Asia Tengah, dan umat Islam di kawasan tersebut telah diperhambakan di bawah tekanan rejim komunis. Itali menawan Libya pada tahun 1911, dan kemudian melakukan penaklukan berdarah ke atas Abyssinia (sekarang digelar Ethiopia) pada tahun 1930-an.

Satu ciri penting polisi-polisi Britain dan Perancis terhadap Timur Tengah ialah penubuhan negara-negara boneka yang dipergunakan untuk memenuhi segala keperluan mereka. Order palsu di Timur Tengah itu telah menjadi benih beracun yang membawa kepada berlakunya peperangan demi
peperangan. Dua kuasa besar penjajah Eropah itu telah dipaksa berundur dari kawasan tersebut setelah selesai Perang Dunia Kedua. Walau bagaimanapun, mereka pergi dengan meninggalkan satu kuasa penjajah yang lebih kejam, lebih agresif, dan lebih dahsyat: Israel.

Apabila kita melihat gambar yang mana gambaran kasar tentangnya telahpun dirumuskan, kita dapat melihat dengan jelas bahawa dunia Islam sudah menjadi sasaran kuasa asing sejak permulaan abad kesembilan belas lagi. Sepanjang tempoh 200 tahun, dunia umat Islam telah diduduki, dijajahi, ditindas dan dizalimi oleh kuasa-kuasa ini. Rejim-rejim boneka yang diletakkan oleh kuasa-kuasa tersebut di dalam dunia Islam turut menindas umat Islam, dan mereka masih melakukannya sehinggalah ke hari ini. Tambahan lagi, kuasa-kuasa luar tersebut telah mewujudkan
beberapa ideologi baru yang sangat asing kepada dunia Islam, seperti nasionalisme melampau, fasisme dan komunisme. Mereka kemudiannya menggunakan golongan yang terpedaya dengan ideologi-ideologi tersebut untuk menjadi "musuh dalam selimut" kepada masyarakat Islam.

Baitul Muslim.

Tiadalah perkara lain yang lebih menakutkan pihak musuh Islam terhadap manusia Muslim yang berada di IPT-IPT seluruh dunia melainkan satu kelompok yang berasaskan Jemaah Harakah Islamiyah .


Illuminati sedar bahawasanya ketentuan halatuju, kemantapan, perancangan dan kesinambungan perjuanhan harakah islamiyah bagi sesebuah negara Islam akan bergantung sepenuhnya terhadap kekukuhan manhaj setiap mahasiswa yang bergelar jemaah.


Persoalannya sekarang mengapa ahli Jemaah sangat merbahaya kepada Illuminati?


Mahasiswa yang berjemaah tidak sama intergriti intelektualiti nya dengan mahasiswa yang tidak berjemaah walaupun kedua-dua mahasiswa tersebut berada di bidang Pengajian Ilmu-Ilmu Islam. Mahasiswa yang memperjuangkan Islam tanpa menyertai jemaah umpama seorang Muslim yang bersolat seorang diri di dalam masjid.


Menurut bekas Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Allahyarham Dr. Mustapha Masyur, kerja-kerja secara berjemaah adalah wajib;

“Oleh kerana bagi mencapai tujuan yang besar ini (jihad) merupakan kewajipan yang difardhukan oleh Islam ke atas umatnya, dan tidak mungkin dicapai kecuali dengan berjemaah dan kerja-kerja jemaah, maka kerja berjemaah ini menjadi wajib.”

(Mustapha Masyur, Jalan Dakwah: Antara Qiyadah dan Jundiyyah, hlm 7)


Perjuangannya mungkin kelihatan murni dan benar tetapi kekuatan dan keampuhan perjuangan itu kurang keberkesanannya dan mungkin hanya akan berlegar di dalam diri sahaja. Berbanding dengan mahasiswa yang berjemaah, walaupun teramat kecil bilangannya tetapi wadah perjuangan
dikawal bai’ah yang mengikat persetiaan hidup dikalangan ahli-ahli jemaah.

  1. Mahasiswa Islam yang berjemaah mempunyai hierarki kepimpinan yang sangat sistematik walaupun tidak direkodkan seperti perlantikan Amir dan Amirah, Naqib dan Naqibah bagi sesuatu kumpulan-kumpulan kecil.
  2. Mahasiswa Islam yang berjemaah mempunyai sistem pembelajaran ilmu Islam yang tersusun melalui usrah-usrah di peringkat kelompok, Kolej dan IPT. Selain itu, jemaah juga perlu menghadiri tamrin-tamrin yang dijadualkan oleh para amir dan amirah.
  3. Mahasiswa Islam yang berjemaah mempunyai ikatan persahabatan seumur hidup berasaskan baiah yang diucapkan.

Namun begitu, muslim tanpa menyertai jemaah ada peranannya tersendiri mengikut kemampuan yang ada. Manakala muslim yang berjemaah tetapi akhirnya meninggalkan perjuangan selepas tamat pengajian adalah lebih mengaibkan kerana ia bisa saja melunturkan semangat ikhwan-ikhwan
di dalam jemaahnya.


Kepimpinan Illuminati Adalah Golongan Intelektual


Di dalam Illuminati sendiri, golongan yang mempelopori gerakan itu ialah bekas-bekas
pelajar universiti dari pelbagai bidang. Hatta sejarah Illuminati sendiri, jika dilihat ianya juga ditubuhkan oleh golongan berpendidikan iaitu Dr. Adam Weishaupt yang berpendidikan Undang-Undang malah menjadi profesor undang-undang di Universiti Ingolstadt, Jerman.


Tidak ada kepimpinan di dalam Illuminati mahupun secret society yang lain seperti Trilateral Commission, Bilderberg Group, Club Rom, Skull & Bones dan sebagainya mengambil individu tidak berpendidikan untuk menerajui organisasi.


Individu yang berpendidikan atau berilmu sangat tinggi nilainya malah Allah sendiri berfirman tentang orang-orang yang berilmu bahawasanya;

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain), maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (serba-serbinya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjah orang-orang yang beriman
diantara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengethauan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjah dan (ingatlah) Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan.”

(al-Mujadalah: 11)

Saidina Ali bin Abi Talib mengatakan;

“Wahai Kamil ilmu itu baik dari harta kerana ilmu menjaga kamu sedangkan harta kamu yang menjaganya. Ilmu menjadi hakim sedangkan harta dihukumkan atasnya dan harta semakin berkurangan dengan dibelanjakan sedangkan ilmu semakin bertambah apabila diamal dan digunakan.”

Pensyarah Berjemaah Sentiasa Diperhatikan Musuh Islam


Walaupun pada hakikatnya jemaah-jemaah di IPT diuruskan secara total oleh mahasiswa tetapi musuh-musuh Islam tahu pendokong yang membantu dari belakang ialah para pensyarah yang berfikrah Islam. Golongan pensyarah sentiasa diperhatikan gerak-gerinya khususnya berkaitan
hubungan mereka dengan pelajar-pelajar kelas mereka.


Illuminati amat takutkan golongan ini kerana mereka sentiasa menjadi perangsang semangat kepada pelajar-pelajar mereka yang berjemaah malah masa dan harta benda mereka juga diinfakkan untuk kerja-kerja amal jemaah.


Bagi Illuminati, golongan kecil ini boleh menjadi faktor penyebab lahirnya pejuang-pejuang Islam berstatus intelektual di peringkat global. Golongan pejuang Islam yang berstatus profesional lebih
membahayakan bagi puak Illuminati kerana pemikiran mereka ‘out of box’ dan manhaj yang dipegang juga kukuh dan sukar tergelincir dari landasan jihad.


Apabila Jemaah Mempunyai Ilmu Konspirasi, ia lebih membahayakan Illuminati


Apabila seseorang ahli Jemaah mempunyai pengetahuan dalam hal ehwal konspirasi Zionis, sudah pasti ia menjadi batu bara untuk golongan Illuminati kerana golongan seperti ini sudah pasti tidak
duduk diam sahaja memerap ilmu-ilmu itu melainkan ianya dikaji dan disebarkan dengan pelbagai cara.


Jemaah yang mempunyai pengetahuan konspirasi Illuminati kemungkinan boleh menjadi penghalang utama kepada perancangan Illuminati untuk menyerap masuk ke dalam parti-parti Islam. Jemaah seperti ini akan sentiasa bertindak memerhati dan menyelongkar segala macam anasir-anasir yang dikira boleh merosakkan parti-parti Islam.


Jemaah sebegini sangat proaktif dalam membentuk mekanisme khusus bagi menapis agen-agen tersembunyi di dalam kepimpinan parti.


Kemungkinan juga pihak Illuminati hanya boleh memilih jalan menamatkan riwayat golongan ini dengan segala macam kejutan yang tidak diduga bagi memastikan perancangan mereka berjalan dengan sempurna. Namun hakikatnya golongan ini sukar dikesan dan dibukakan rahsia hati
mereka.


Baitul Muslim adalah hakikat ketakutan Illuminati


Di dalam jemaah harakah Islamiyah yang bergerak di IPT-IPT sekarang ini, hanya ada satu perkara yang pada pandangan kami paling ditakuti oleh Illuminati. Perkara itu ialah Baitul Muslim.

Walaupun agak ganjil bunyinya tetapi perlaksaan Baitul Muslim di semua peringkat harakah Islamiyah kiranya boleh menggugat perancangan Illuminati secara jangka panjang. Ini kerana, objektif Baitul Muslim (BM) adalah melahirkan keluarga Muslim yang berfikrah Islam melalui
pasangan-pasangan yang sama fikrahnya.



Mahasiswa yang berjemaah walaupun tidak aktif sudah pasti akan terpahat dalam dirinya akan mendidik seluruh ahli keluarganya kelak agar menyertai jemaah. Apabila ramai ahli jemaah dikalangan golongan muda berpelajaran tinggi maka jarum-jarum sekular yang menyuntik dunia
ilmu Islam sejak ratusan tahun dahulu mudah dikeluarkan.


Kesimpulan


Setiap konspirasi dari Illuminati dalam meranapkan harapan masyarakat Islam secara hakikatnya dapat dilihat akan menjurus kepada menghancurkan jemaah harakah islamiyah dalam apa cara sekali pun.


Meskipun perancangan Illuminati itu untuk memusnahkan jemaah Islam seluruh dunia tidak dinyatakan secara zahiriah dan bertulis tetapi hambatan waktu yang menimpa ke atas setiap jemaah Islam di seluruh dunia membuktikan jemaah sangat dibimbangi Illuminati.


Illuminati sedar jemaah adalah satu-satunya tentera tersembunyi tanpa senjata bagi masyarakat Islam yang akan melancarkan daulah Islamiyah secara serentak di bawah pengawasan ulama’.

Illuminati juga sedar cara terbaik menghalang pengaruh jemaah ini adalah dengan menguasai sistem-sistem politik dalam negara dari segenap sudut dan menggunakan orang-orang Islam sendiri yang berfahaman sekular sebagai jambatan aliran perancangan mereka.

Mutiara Saidina Ali KWH.

"Saidina Ali bin Abi Talib ialah khalifah agung dalam sejarah pemerintahan Islam. Selepas peristiwa pembunuhan Khalifah Othman Affan, beliau memegang teraju pemerintahan. Peribadi Ali bin Abi Talib menghimpunkan pelbagai kelebihan iaitu sebagai sepupu Nabi Muhammad saw dan menantu Baginda.
Beliau dilahirkan di Makkah pada tahun 23 sebelum hijrah. Beliau dididik dan dibesarkan dalam pangkuan Nabi Muhammad saw, malah tidak pernah berpisah dengannya. Ali ialah seorang daripada pahlawan Islam yang terkemuka dan panji peperangan berada pada tangannya dalam sebahagian besar peperangan. Beliau juga antara 10 sahabat yang dijanjikan syurga. Ali menjadi khalifah dan pemimpin umat Islam selepas Saidina Othman Affan gugur syahid. Peristiwa itu berlaku pada 24 Zulhijjah tahun 35 Hijrah. Dengan itu, Ali ialah khalifah pertama bagi umat Islam yang berasal daripada keluarga Bani Hasyim yang juga menjadi nasab keturunan Rasulullah.

Diriwayatkan oleh Abu Naim dalam al-Hilyah daripada Abu Sahih bahawa Dhuraar Dhamrah mengetahui keperibadian dan cara hidup Ali. Menurutnya, Ali ialah seorang yang amat jauh tujuan hidupnya dan bercita-cita tinggi. Pemikirannya tajam dan amat kuat zahir dan batin. Beliau menjauhkan diri daripada segala hiasan dan kemewahan hidup di dunia. Selalu berpakaian sederhana dan memakan makanan biasa yang tidak semestinya enak dan mahal. Pergaulannya seperti orang biasa walaupun dilantik sebagai pemimpin. Beliau sering bertemu rakyat dan orang ramai tidak ada sekatan atau takut untuk menemuinya. Ali akan menjawab apa-apa yang ditanya kepadanya tanpa perasaan takut dan ragu-ragu. Beliau memuliakan ahli agama dan orang yang warak, di samping menyayangi golongan fakir miskin.

Sewaktu Ali diangkat menjadi Khalifah, ada penentangnya termasuk puak Muawiyah hingga timbul perang saudara yang menyebabkan ramai terkorban. Akhirnya Saidina Ali dibunuh oleh seorang pengkhianat. Tetapi setelah Ali meninggal, Muawiyah berasa sedih kerana menentang orang yang baik. Dia menyifatkan kewafatan Ali sebagai suatu kehilangan yang amat berharga. Apa yang diucapkan terang dan jelas, adil sewaktu memberi hukuman, ilmu pengetahuannya terpancar dari segenap bahagian badannya. Beliau kuat bekerja tanpa mengira siang atau malam.

Kata-kata berhikmah lahir dari mulutnya. Apabila tersenyum seolah-olah mutiara indah terpancar dari bibirnya. Ketokohan beliau memang tiada bandingannya. Nasihat beliau juga menjadi pedoman dan panduan umat Islam zaman berzaman.

- Peringatan buat dirimu yang mana pasar itu adalah suatu tempat yang boleh merosakkan akhlak.

- Sesuatu yang hendak dicapai oleh keelokan budi pekerti itu adalah rasa malu seseorang pada diri sendiri.

- Tiada pusaka peninggalan yang lebih bermanfaat daripada elok budi pekerti.

- Cucikan hati kamu dengan beradab seperti api membakar kayu.

- Sesiapa yang dilantik menjadi pemimpin kepada manusia, maka dia hendaklah mengajar dirinya terlebih dulu sebelum mengajar orang lain.

- Dia hendaklah memperelok setiap tindak tanduknya seharian sebelum memperelok lidahnya.

- Sesiapa yang mengajar dirinya sendiri serta memperelokkannya lebih layak untuk mendapat kemuliaan daripada mereka yang mengajar dan memperelokkan manusia lain.

- Elok pekerti adalah gedung ketika berhajat padanya.

- Mutu setiap sesuatu itu dinilai pada kebaikannya.

- Apabila kamu letih kerana berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal.

- Jika kamu berseronok dengan dosa, maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal.

- Sekiranya kamu letih kerana melakukan sesuatu yang baik, maka keletihan itu akan hilang dan perbuatan baik yang kamu lakukan terus kekal.

- Jika kamu tidak mahu melupakan segala kebaikan yang dilakukan, maka kamu hendaklah mengulangi dalam membuat kebaikan itu.

- Ratapilah saudaramu dengan berbuat baik padanya dan jauhilah kejahatannya dengan bersedekah padanya.

- Sesuatu yang tidak elok untuk diperkatakan sekalipun ia benar iaitu puji diri sendiri.

- Seelok-elok kesihatan itu adalah memberi sesuatu dan ketaatan adalah gedung yang tidak akan musnah.

- Dua nikmat yang sering dilupakan adalah kesihatan dan keselamatan.

- Kecantikan bukan terletak pada pakaian yang dipakai, tetapi bergantung kepada keelokan akhlak dan budi pekerti.

- Banyak berhutang akan menggelincirkan orang yang benar kepada pendustaan.

- Tepati janji adalah kembar kepada benar.

- Kemarahan orang yang berakal dilihat pada tindak-tanduknya dan kemarahan yang ada pada orang jahil itu dapat dilihat melalui perkataannya.

- Permulaan bagi perasaan marah itu adalah hilang pertimbangan, manakala penghabisannya pula adalah perasaan menyesal.

- Tidak dikira lemah lembut jika ia timbul ketika reda, tetapi lemah lembut yang sebenar akan timbul ketika dalam keadaan marah.

- Sesiapa yang tunduk kepada perasaan marah menyebabkan akhlaknya kurang.

- Bagi setiap nikmat ada kunci yang membuka dan menyelaknya. Kunci pembukanya adalah sabar dan kunci penyelaknya adalah malas.

- Sesiapa yang malas tidak akan menunaikan tanggungjawabnya.

- Ketua kepada kejahilan itu adalah gedung kemalasan

Api Neraka.

Bagaimanakah api neraka itu dinyalakan? Berapa peringkatkah Allah perintahkan api itu dinyalakan? Bagaimana panasnya?

Disebutkan sekiranya sehelai kain(pakaian) dari penghuni neraka dilemparkan kedunia nescaya mati semua penghuninya. Itulah cerita yang diterima oleh Baginda Rasulullah s.a.w. mengenai api neraka. Ceritanya begini:

Pada suatu hari, Malaikat Jibril a.s. mengunjungi Rasulullah s.a.w. dengan maksud untuk memberitahu sesuatu apa yang baru dilihatnya.
"Hai Muhammad! Kedatanganku kali ini khusus untuk memberitahu kepadamu bahawa Allah s.w.t keluarkan perintah kepada para Malaikat supaya menambah panasnya api neraka".
"Dan Allah perintahkan meningkatkan jumlah alat-alat penghembus untuk menyambut akan tibanya hari kiamat yang tidak lama lagi."

Baginda Rasulullah s.a.w. menjawab kepada Malaikat Jibril:
"Cubalah terangkan kepada ku bagaimana keadaannya neraka itu?"

Kemudian Malaikat Jibril bercerita:
"Pertama-tama Allah menyuruh dinyalakan api neraka itu selama seribu tahun sehingga menjadi merah mawar warnanya. Kemudian Allah perintahkan lagi supaya panas api itu menjadiungu tua dan gelap warnanya, dan lidah-lidah api tidak dilihat."
"Demi yang mengutus engkau Ya Muhammad! Sekiranya sehelai sahaja pakaian dari penghuni nerakaitu dilemparkan ke bumi, nescaya mati mendadaklah setiap penghuninya, insan, haiwan, ikan dan tumbuhan. Seandainya semangkuk air minum penghuni neraka dicampurkan dengan air pastilah mati mereka yang meminumnya."

"Gunung-ganung berapi pun akan menjadi cair jika padanya diletakkan sebuah rantai neraka yang disebut dalam alquran. Seandainya sekejap sahaja dicelupkan kedalam neraka, lalu ditunjukkan di bumi, nescaya akan jatuh pengsan setiap manusia yang melihatnya. Sebab rupanya sangat buruk dan baunya pun sangat busuk dan menusuk hidung."

Mendengar cerita dan penjelasan dari Malaikat Jibril itu, Baginda Rasulllah s.a.w. menangis. Begitu juga dengan Jibril turut menangis keran ahiba dan merasa kasihan kepada orang-orang yang tidak sedar, tidak tunduk kepada ketentuan dan kaedah-kaedah Allah yang berlaku sejak dahulu.

Friday, March 5, 2010

Fatwa

Mintalah fatwa dari hati kamu sendiri,
walaupon orang lain telah memberikan kamu fatwa.
Sabda Nabi Muhammad SAW.

Correct timing to take water.

Correct timing to take water, will maximize its effectiveness to Human body.

Two (02) glass of water - After waking up - Helps activate internal organs

One (01) glass of water - 30 minutes before meal - Help digestion

One (01) glass of water - Before taking a bath - Helps lower blood pressure

One (01) glass of water - Before sleep - To avoid stroke or heart attack

Wednesday, March 3, 2010

Good morning.



**************

One song can spark a moment,

One flower can wake the dream.

One tree can start a forest,

One bird can herald spring.

One smile begins a friendship,

One handclasp lifts a soul.

One star can guide a ship at sea,

One word can frame the goal

One vote can change a nation,

One sunbeam lights a room

One candle wipes out darkness,

One laugh will conquer gloom.

One step must start each journey.

One word must start each prayer.

One hope will raise our spirits,

One touch can show you care.

One voice can speak with wisdom,

One heart can know what's true,

One life can make a difference,

You see, it's up to you!

Have a Wonderful Day!

I am from Malaysia.


I like to be unknown when around

and unnoticed when not around.

Insyallah.

But there are times

when I did not get what I like.

I am a Muslim.


I am not a terrorist.

But I do know who they are.

Salam.


The Dominion